Hampir setiap hari hujung minggu, boleh dikatakan ramai penunggang motosikal berkuasa tinggi aktif berkonvoi di seluruh Malaysia. Namun, didapati ada segelintir daripadanya dikesan masih menggunakan lesen percubaan (Lesen L).

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli, selepas hasil pemeriksaan mendapati golongan itu tidak pernah memperbaharuinya kepada lesen penuh (Kelas B).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ada juga dalam kalangan mereka (penunggang motosikal berkuasa tinggi) yang tidak mempunyai kedua-dua lesen (Lesen L serta Kelas B) dan sepatutnya tidak boleh menunggang motosikal berkapasiti melebihi 250cc,” katanya kepada pemberita pada Op Lejang Fasa 1 di Plaza Tol Bentong semalam.

Susulan itu, beliau berkata, mereka dinasihatkan segera mendapatkan lesen Kelas B bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Tambah beliau lagi tindakan termasuk penyitaan kenderaan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, akan dikuatkuasakan ke atas mereka yang terbabit kegiatan lumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya.

Sementara itu, pihak kerajaan sedang merangka hukuman lebih berat buat penunggang motosikal yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

Ramai Masih Berdegil, JPJ Pertimbang Hukuman Lebih Berat Terhadap ‘Mat Rempit’

Netizen Puas Hati Lihat Geng Mat Rempit Kena ‘Game’ Dengan Skuad 42

Cuak Nampak Kereta Peronda Polis, Mat Rempit Jatuh Motosikal Secara ‘Berjemaah’