Baru-baru ini, pelakon Amyza Aznan menjadi bualan ramai apabila menggayakan pakaian seksi sehingga menampakkan pangkal peha di rancangan Famili Duo.

Difahamkan, Amyza memakai seluar ketat senada warna kulit bersama busana yang digayakan dalam program tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.instagram.com/reel/CnKRlyZJpX9/?igshid=NTdlMDg3MTY=

Walau bagaimanapun, selepas selesai membuat persembahan bersama Yamani Abdillah dan Zaki Yamani sebagai tetamu undangan dalam program Famili Duo, Amyza tampil menjelaskan perkara berkenaan.

Amyza mengatakan seluar yang dipakainya bersama gaun terbelah paras paha itu ialah seluar berwarna kulit. Dipercayai dia membalas kenyataan rakannya dengan ringkas di ruangan akaun Instagram miliknya setelah video persembahan menjadi tular.

Sudah terang lagi bersuluh, semestinya pakaian sebegitu mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-rata netizen mengecam imej Amyza yang berani untuk tampil dengan pakaian itu. Bahkan,netizen terkejut wanita berusia 46 tahun itu berpakaian tidak sepatutnya dengan usianya.

Untuk makluman, rancangan Famili Duo ini disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3.