Pada hari semalam tular kisah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun memandu sebuah Toyota Vios bersama adiknya berusia 3 tahun pergi ke kedai untuk membeli mainan.

Namun kisah itu tidak terhenti begitu sahaja. Kini tular pula kisah misteri mengenai kejadian itu di kalangan netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika ditahan polis,  kanak-kanak itu menceritakan kisah sebenar yang dikaitkan dengan mistik, bagaimana ‘dia’ boleh membawa kereta semasa malam kejadian.

Sumber Gambar: FB Izackkrie

Menurut budak lelaki itu, bukan dia yang bawa kereta pada ketika itu. Ada beberapa lelaki lain di dalam kereta itu yang terdiri daripada ‘Tok Wan’, ‘Pak Lang’ dan ‘Pak Cik’.

‘Tok Wan’ itu mempunyai badan berbulu serta panas, budak lelaki 6 tahun itu duduk di atas pangku riba ‘Tok Wan’ semasa kereta itu bergerak.

Apa yang diberitahu oleh kanak-kanak itu bukan sahaja membuatkan pihak polis ‘pening kepala’, orang dewasa yang lain pun turut ragu-ragu setelah mendengarkan kisah tersebut.

Dalam rakaman audio lain pula seorang lelaki meluahkan rasa pelik, memang tidak logik bagaimana seorang kanak-kanak mampu menurunkan handbrake yang berat, serta ubah kereta untuk keluar dari parkir.

Dalam screenshot yang tular itu, pihak polis dipercayai pergi ke rumah keluarga kanak-kanak itu dan mereka pun pelik bagaimana Toyota Vios yang berada di tengah-tengah antara dua kereta lain, boleh keluar daripada kawasan parkir — lebih-lebih lagi dipandu oleh seorang kanak-kanak?

Kisah itu masih terus menjadi misteri yang tidak boleh dirungkai dengan akal. Bagaimanapun ahli keluarga itu mengucapkan rasa syukur kerana kedua kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk semasa kejadian berlaku.

Polis Tolak Dakwaan Ada Unsur Mistik, Bukan ‘Tok Wan’ Yang Pandu Kereta

Kemas kini: Pihak polis Langkawi semalam telah menolak dakwaan wujudnya unsur mistik dalam kes ini. Baca di sini.

Sumber