Jika pada minggu lalu tular di media sosial apabila terdapat pasangan instafamous yang mengajar netizen cara-cara merentas negeri selepas dikatakan mendapat ‘pengesahan’ polis sebelum dikenakan kompaun, tular pula cerita pasangan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan iaitu Nur Risteena dan Isa Khan.

Pasangan yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dan majlis perkahwinan pada sekitar pertengahan Mac lalu baru-baru ini telah memuat naik gelagat mesra mereka di Sabah sekaligus mengundang buah mulut di kalangan netizen soal isu merentas negeri. Isu menjadi lebih panas selepas netizen mendakwa pasangan ini dilihat tidak mengikut SOP seperti yang ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2021-03-23 at 10.16.43 AM

Screen Shot 2021-03-23 at 10.17.00 AM

Disangka menyambut bulan madu di Sabah oleh para netizen, Nur Risteena baru-baru ini tampil dengan sebuah perkongsian terbaru di laman Instagram beliau memaklumkan mereka berdua ke Sabah atas urusan kerja serta telah mendapat surat rentas negeri.

https://www.instagram.com/p/CMuGHt9pgqL/

Tambahnya lagi, beliau berhak untuk berkongsi apa yang mahu dikongsi di laman Instagram beliau serta berharap pihak netizen tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu instafamous yang mengajar netizen merentas negeri sebelum dipanggil pihak polis dan dikompaun RM10,000.

Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang

Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Pasangan ‘Instafamous’ Ini Dipanggil Pihak Polis