India kini sedang menghadapi ‘pandemik‘ baharu iaitu superbug. Difahamkan kes ini pertama kali direkodkan oleh doktor di Hospital Kasturba, negeri Maharashtra di barat India dan sudah ada lebih 1,000 pesakit yang ditahan di wad tersebut akibat penyakit itu.

Memetik BBC, superbug merujuk kepada jangkitan pepijat, bakteria dan kulat yang tahan terhadap ubat, termasuk antibiotik biasa – walaupun antibiotik biasa, dianggap sebagai barisan pertahanan pertama terhadap jangkitan yang teruk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di laman web agensi penyakit AS, CDC, terdapat 18 jenis pepijat dengan tiga kategori: mendesak, serius dan mengancam. Salah satunya ialah Escherichia coli, yang biasa ditemui dalam usus manusia atau haiwan yang tercemar.

Kemudian terdapat Klebsiella pneumoniae, yang boleh menjangkiti paru-paru dan staphylococcus aureus yang boleh membawa maut, bakteria bawaan makanan yang boleh disebarkan melalui titisan udara atau aerosol.

Tetapi perkara yang paling membimbangkan ialah kemunculan Acinetobacter baumannii. Pepijat yang mempunyai pertahanan dari ubat-ubatan ini menyerang paru-paru pesakit sehingga mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Oleh kerana hampir semua pesakit kami tidak mampu membeli antibiotik dengan [tahap] lebih tinggi, mereka menghadapi risiko kematian yang,” kata salah seorang doktor di Hospital Kastubra, SP Kalantri.

“Menguruskan pesakit sebegitu adalah satu kesukaran. Keadaan ini sangat menyedihkan, dan tindakan terdesak, memesan lebih banyak antibiotik (lain) mungkin akan mengakibatkan lebih banyak mudarat daripada manfaat,” kata Kalantri.

Perkara yang sama berlaku di Hospital AMRI, di bandar timur Kolkata. Enam daripada 10 pesakit di ICU dikatakan mempunyai jangkitan pepijat yang tahan daripada segala ubat.

“Keadaan ini benar-benar membimbangkan. Kami telah sampai ke tahap di mana anda tidak mempunyai terlalu banyak pilihan untuk merawat beberapa pesakit ini,” kata pakar penjagaan kritikal, Saswati Sinha.