Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Bulan kebangsaan yang disambut pada tahun ini dengan penuh semangat yang sangat luar biasa sekali. Kita dapat lihat orang ramai berkongsi pelbagai video menarik di media sosial, termasuklah seorang pemuda bersama sebuah Proton Saga ‘legend mencuri perhatian warganet.

Pemuda di sebalik akaun TikTok @mfasyraf74, Muhammad Faris Asyraf berkongsi kepada mStar kisah di sebalik video kereta Proton Saga yang mencapai tontonan sehingga 1.4 juta kali di TikTok.

Menurut Asyraf, dia merupakan generasi ketiga yang mewarisi kereta tersebut, yang asalnya dimiliki oleh datuknya.

@mfasyraf74

Setahun sekali keluar. Jom jalan2 sambut merdeka #merdeka #malaysia #fyp #saga #malaysiancar

♬ original sound – bello – ashiee

“Datuk saya seorang cikgu dulu. Zaman dulu memang datuk struggle. Dia tak pernah beli kereta baru, hanya pakai kereta second-hand.

“Pada tahun 1989, datuk buat tempahan beli Proton Saga ini. Booking setahun. Dia gembira sangat sebab ini kereta baru pertama dia.

“Kereta inilah yang hantar ayah dan adik beradik ke sekolah dan asrama. Memang kereta ini banyak berjasa. Daripada datuk, ia diperturunkan kepada ayah, kemudian adik-beradik ayah,” terang Faris kepada portal tempatan itu.

Pada ruangan komen video yang menerima 1.4 juta tontonan itu, orang ramai meluahkan rasa kagum kerana kereta ‘legend‘ itu kelihatan seperti kereta baharu keluar dari kilang.

Sumber Gambar: TikTok @mfasyraf74
Sumber Gambar: TikTok @mfasyraf74
Sumber Gambar: TikTok @mfasyraf74

Asyraf turut berkongsi bagaimana keluarganya menjaga kereta tersebut walaupun jarang dipandu di atas jalan raya.

“Datuk dan ayah memang cermat. Sepanjang di bawah jagaan ayah, kereta itu memang diselenggara walaupun tidak digunakan.

“Ayah lebih suka originaliti. Rahsianya, kereta ini akan dihantar ke pusat solek kereta ‘V-Quantum Autoworks’ lima tahun sekali. Manakala setiap tahun pula akan hantar ke pusat penjagaan kereta di Plaza Pelangi untuk polish dan wax. Kalau nak tahu, inilah warna asalnya dari dulu hingga sekarang,” kata Asyraf.

Sumber Gambar: mStar
Sumber Gambar: mStar

Tambahnya lagi, setiap kali dia ikut ayahnya hantar servis, pasti ada orang berminat untuk membelinya, pernah satu ketika ada orang pernah tawarkan RM20,000 untuk mendapatkan kereta tersebut. Namun ayahnya menegaskan, walaupun ada menawarkan RM40,000 sekalipun, ayahnya tetap tidak akan menjualnya.

Asyraf menyatakan dia langsung tidak menyangka video yang dibuat secara spontan itu mendapat sambutan daripada netizen. Asalnya dia memang berniat mahu ‘meronda-ronda’ kawasan bandar sempena Hari Merdeka, semasa merekod dia turut meletakkan lagu ‘Jalur Gemilang’ ke dalam video itu.

“Ramai pula yang beri cadangan minta kereta ini turut serta perarakan tahun hadapan. Maklumlah, kereta ‘legend‘ dan lambang identiti kita.

“Saya mula-mula tak minat tapi lama-kelamaan ia berubah. Zaman sekarang memang banyak kereta yang menarik perhatian anaki muda.

“Tapi bagi saya, kadang-kadang benda simple buat kita bahagian. Biarpun zaman tak sama, tapi biarlah kita sama-sama hargai masterpiece ini,” jelas Asyraf mengakhiri perbualan.

Pada 31 Ogos lalu orang ramai mula berkumpul di Dataran Merdeka seawal jam 4 pagi lagi. Anda boleh lihat sendiri kegigihan mereka melalui pautan di bawah.

Gigih Berkumpul Seawal Jam 4 Pagi Di Dataran Merdeka, Rakyat Malaysia Teruja Sambut Hari Kebangsaan

DBKL Berang Pengunjung Sambutan Hari Kebangsaan Jahanamkan Pokok