Sebagai Strategic HR di SapuraKencana Petroleum Berhad, saya banyak berkongsi tentang perkara-perkara yang pemburu kerja perlu lakukan dan perbaiki di Facebook. Namun begitu, kebanyakan e-mel permohonan kerja yang saya terima masih berada pada tahap yang tidak memuaskan.

BACA: Perkongsian Pengalaman Cari Kerja Ini Mendapat 2,508 Shares Di Facebook. Ketahui Pengajaran Disebaliknya

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

angry_laptop1

Jadi, kali ini saya mahu kongsikan dengan lebih mendalam beberapa aspek e-mel surat iringan (cover letter email) untuk permohonan kerja yang WAJIB diamalkan oleh semua pemburu kerja.

1. Alamat e-mel yang profesional

Contoh:
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]

2. Subjek e-mel yang bersesuaian

Contoh:
Job Application for the Post of Procurement Executive
Job Application – Procurement Executive
Job Application for the Post of Graduate Engineer
Job Application – Graduate Engineer
Job Application for the Post of Junior Executive
Job Application – Junior Executive

3. Isi kandungan e-mel

Tulis secara ringkas tetapi padat. Nyatakan:
(i) Tujuan anda menghantar e-mel dan jawatan yang dipohon.
(ii) Sumber maklumat mengenai kerja yang dipohon seperti surat khabar, e-mel, blog, Facebook, ‪‎LinkedIn‬ dan sebagainya.‬‬
(iii) Majikan dan jawatan sekarang serta penglibatan dalam projek terkini.
(iv) Untuk graduan yang baru tamat belajar, nyatakan bidang ijazah, universiti serta bulan dan tahun graduasi.
(v) Sijil dan kelayakan profesional, jika ada.
(vi) Tarikh boleh mula bekerja/tempoh yang diperlukan untuk berhenti kerja.
(vii) Cara untuk dihubungi – alamat e-mel dan nombor telefon bimbit.

4. Lampiran e-mel

Anda hanya perlu lampirkan surat iringan (cover letter) menggunakan format surat rasmi dan CV yang telah anda simpan/tukar kepada fail PDF yang bersaiz kecil, seelok-eloknya kurang daripada 500 kb untuk kesemua lampiran. Tidak perlu lampirkan segala jenis lampiran sijil yang lain kerana saya pernah menerima e-mel dengan lebih 20 lampiran sijil yang membuatkan saiz e-mel itu terlalu besar. Jika majikan ingin melihat sijil-sijil yang anda miliki, kebiasaannya mereka akan minta anda e-melkan kemudian atau dibawa semasa sesi temu duga.

Seperkara lagi yang anda perlu ingat, di ruangan ‘To’, hantarkan satu e-mel kepada satu organisasi sahaja dan bukannya satu e-mel kepada banyak organisasi! Ini juga adalah kesilapan yang saya lihat biasa dilakukan oleh ramai pemburu kerja di luar sana. Apa yang saya katakan ini hanyalah logik akal yang sepatutnya anda tahu. Oleh itu, berfikirlah menggunakan logik akal sebelum menghantar permohonan kerja anda.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka