Seorang wartawan AS mendedahkan bahawa dia telah menunggu selama lima tahun untuk bertanya kepada Presiden Donald Trump apakah dia menyesal kerana hidup dalam pembohongan. 

Semuanya bermula ketika presiden memberikan sidang media mengenai wabak COVID-19 dan juga mengenai calon pesaingnya dalam Pemilihan Presiden AS, Joe Biden.

Di tengah-tengah sidang media terbabit, wartawan Huffington Post SV Date mengajukan soalan yang membuatkan Presiden AS ini tidak senang duduk.

“Tuan Presiden, setelah 3 setengah tahun, adakah anda menyesal kerana anda berbohong kepada rakyat Amerika?” tanya Date, seperti yang dipetik oleh Global News.

“Maaf, [bohong] tentang apa?” Trump bertanya. “Semua pembohongan, semua ketidakjujuran yang anda sampaikan,” jelas wartawan terbabit.

Presiden berusia 74 tahun itu kemudian bertanya kepada Date apa maksudnya dan dia menjawab “Anda adalah orang yang melakukan [pembohongan] kepada puluhan ribu orang.”

Trump berhenti sejenak, sebelum memutuskan untuk mengabaikan pertanyaan tersebut dan menjawab soalan dari media yang lain semasa sesi tersebut.

Dalam satu ciapan di Twitter, Date mengakui bahawa dia telah lama menunggu, sekitar 5 tahun untuk mengajukan soalan itu kepada Trump. Dia menjelaskan bahawa dia yakin presiden ada memikirkan mengenai pertanyaannya.

“Trump mungkin memutuskan bahawa perkara yang paling tepat ketika saat itu adalah tidak menjawab,” kata Date dalam sebuah video yang disiarkan di Huffington Post.

Trump pada 3 Ogos lalu telah memberi masa 45 hari kepada pemilik TikTok untuk menjual aplikasi tersebut kepada syarikat AS. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Donald Trump Beri Masa 45 Hari Kepada Pemilik China Untuk Jual Aplikasi TikTok

Daftar Tetapi Tidak Hadir, Peminat K-Pop Dan TikTok ‘Sabotaj’ Perhimpunan Donald Trump