Sebelum kita mula berbicara tentang ini, ada eloknya diterangkan apakah itu narcissist. Maksud narcissist apabila diterjemahkan kepada bahasa Melayu ialah seseorang yang suka diri sendiri. Sebenarnya tak salah untuk kita suka diri sendiri kerana itu memperlihatkan kita bertanggungjawab pada diri. Tetapi ia kelihatan salah apabila begitu ekstrem menyukai diri sendiri hingga ia dikaitkan dengan masalah psikologi seseorang iaitu Narrcissist Personality Disorder.

Seseorang itu dikatakan narcissist apabila terlalu hidup di dalam lingkungan diri sendiri dan kurang bersosial dengan orang lain. Ini boleh terjadi kepada mereka yang sering terluka perasaan atau rasa dipergunakan oleh orang lain. Hasilnya, dia membawa diri dengan pengasingan dari masyarakat akibat trauma-trauma seperti itu kerana merasakan dirinya lebih baik berbanding orang lain.

Anda Narcissist Di Facebook apabila anda…

  • Mempunyai ramai rakan di Facebook, terutama yang tidak dikenali
  • Tidak berfikir dua kali sebelum menerima friend request dari orang yang tidak dikenali
  • Terlalu kerap memuatnaik status di Facebook
  • Suka tulis komen, dan bilangannya terlalu banyak di wall post orang lain
  • Selalu tukar gambar profil
  • Selalu memeriksa bilangan likes dan komen di status sendiri
  • And is more likely to use first-person pronouns such as β€˜I’ and β€˜me’ on Facebook

Berdasarkan kajian ‘Facebook: Self-Promotional and Anti-Social Behavior’ yang telah dilakukan oleh Chris Carpenter di Western Illinois University, didapati semakin banyak seseorang melakukan engagement di Facebook, semakin tinggi potensi dirinya sebagai seorang narcissist. Puncanya hanya satu iaitu mahu menjadi daya tarikan kepada orang lain, mahu orang menyedari kehadirannya di alam maya dan lebih penting, seseorang yang menyukai dirinya sendiri secara terlampau ini akan menggunakan Facebook untuk menampilkan dirinya yang sempurna dan bagus-bagus sahaja.

Sekiranya ada orang yang komen negatif tentang dirinya atau tidak sependapat, dia akan mengeluarkan kata-kata jahat/negatif dan mencari kesalahan orang tersebut. Baginya, “I’m always right!” dan “I’m good at everything!”. Oleh itu, narcissist ini akan sentiasa memantau penampilan dan cara pembawakan diri mereka di alam maya dengan menonjolkan diri dan kehidupan mereka yang akan dikagumi oleh semua orang di Facebook.

Mahu rakan-rakan cemburu dengan kehidupan anda?
Tampilkan status-status berserta gambar anda yang sedang bergembira di majlis grand atau berada bersama orang ternama atau terkenal

Mahu rakan-rakan tahu anda berjaya dalam kehidupan ini?
Tampilkan rumah, kereta, pakaian berjenama dan gadget terbaru di Facebook

Mahu rakan-rakan merasai kasih sayang yang melimpah ruah di dalam kehidupan anda?
Tampilkan status dan gambar anda bersama orang tersayang dengan aksi loving

Jika tiada semua itu, narcissist akan mereka-reka cerita seakan-akan ianya benar! Sekiranya tidak mendapat sebarang like/komen, mereka akan rasa tidak senang hati. Di dunia realiti, narcissist ini kurang mendapat perhatian dan rasa rendah diri. Maka mereka dahagakan perhatian dan mahu membuatkan diri mereka ini penting bagi orang lain.

Semasa anda membaca artikel ini, pasti hati anda tertanya-tanya: “Narcissist kah aku?”. Jangan risau sekiranya anda bukanlah seseorang yang low-esteem atau memiliki kehidupan realiti yang sememangnya aktif dan sosial. Kadang-kadang update status yang gah atau berkongsi kegembiraan apabila terima penghargaan atau dapat memiliki sesuatu yang diidam-idamkan selama ini adalah tidak salah. Ia jadi salah apabila itu semua terlalu kerap walaupun ianya benar, fake dan gambar photoshop!

Dr Sylvia Gearing berkongsi kaedah profesionalnya mengenalpasti narcissist di Facebook dan nasihat beliau yang paling epik, RUN & REMOVE Narcissist dari friendlist kita:

Jadi, tanya diri anda: Adakah Anda Seorang Narcissist Di Facebook?

Sumber: Yahoo Entertainment

LIKE Facebook The Vocket disini

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤