Tepat dua minggu Avenger: Endgame ditayangkan di pawagam, trailer rasmi terbaru Spider-Man: Far From Home turut dikongsikan oleh pihak Sony Pictures.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Lebih menarik apabila ianya mempunyai spoiler warning daripada Tom Holland, menandakan trailer ini mempunyai kaitan dengan filem Avengers: Endgame. Dalam beberapa hari ini, peminat mula membuat spekulasi; adakah babak dalam trailer ini sebenarnya end credit untuk Endgame yang tidak rasmi?

Sudah menjadi identiti semua filem MCU sebelum ini mempunyai end credit dan Endgame merupakan filem pertama tanpanya. Dalam dunia MCU, end credit ini boleh dilihat sebagai teaser untuk filem seterusnya yang akan ditayangkan di pawagam.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

End credit juga turut memberi hint apa yang mungkin berlaku dalam filem yang seterusnya. Dalam kes Far From Home, boleh dilihat Nick Fury memberitahu bahawa tercetusnya multiverse disebabkan petikan jari oleh Iron Man.

Quentin Beck (Mysterio) berasal dari dunia lain yang datang ke dunia sebenar untuk ‘membantu’ Spider-Man dalam melawan beberapa penjahat baharu yang bakal menyerang. Disebabkan trailer ini berkait rapat dengan Endgame, ada yang berpendapat trailer Far From Home terbaru ini adalah end credit untuk Endgame.

Satu teori lagi yang menguatkan lagi perkara ini adalah trailer filem MCU sebelum ini jarang yang menceritakan hint plot filem tersebut; berbeza dengan Far From Home. Adegan Nick Fury, Spider-Man dan Mysterio di dalam satu bilik tidak ubah seperti adegan end credit dalam filem-filem Marvel sebelum ini.

Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan perkara ini tetapi Spider-Man: Far From Home perlu menumpang populariti Endgame sebelum ianya dilancarkan 2 Julai nanti.