Selepas tamat perlawanan diantara Hong Kong bertemu Lebanon semalam, dengan keputusan berpihak kepada Lebanon 1-0, disambut dengan perasaan teruja oleh sesetengah peminat bola sepak Malaysia.

Ramai yang menanti penuh harapan untuk melihat kekalahan Hong Kong mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam AFC MA Ranking yang bakal menentukan adakah Malaysia akan layak ke saingan AFC Champions League 2019 dan 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Slot AFC Champions League 2019 & 2020 Jadi Milik Malaysia?

Keputusan rasmi hanya akan diberitahu oleh pihak AFC selepas tamat perlawanan akhir AFC Champions League 2017 iaitu selepas 25 November nanti.

hi-res-ae665049002890c4aeca6e5adae00210_crop_north

Namun berdasarkan pengiraan yang telah kami lakukan, Hong Kong tidak mampu untuk memintas Malaysia dikedudukan ke 6 AFC MA Ranking bulan November apabila diumumkan secara rasmi.

Hong Kong wajib menewaskan Lebanon sekiranya mahu memintas Malaysia, tetapi sebaliknya berlaku dan membolehkan Malaysia kekal dikedudukan ke 6 dengan kelebihan +0.2650 mata.

2017-11-15_8-33-23

Oleh itu, mengikut pengiraan kami, slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 dan 2020 akan menjadi milik Malaysia.

Nota: Keputusan rasmi hanya akan berdasarkan dari pengumuman oleh pihak AFC sekitar hujung November 2017 dan artikel ini adalah berdasarkan pengiraan kami mengikut format yang telah ditetapkan.