Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan smartphone, kami yakin anda sedar dengan usaha yang dilakukan Huawei untuk meningkatkan jumlah penjualan dan pengeluaran smartphone mereka.

Bermula dengan kerjasama bersama Leica sehinggalah kepada penekanan kepada smartphone mid-range, semuanya diberi penekanan oleh jenama yang berpengkalan dari China agar menjadi pilihan pengguna. Pada kali ini, kami telah mencuba sebuah lagi smartphone mid-range daripada Huawei iaitu Nova 2 Lite.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekabentuk dan Spesifikasi

IMG_0014

Dari segi rekaan, jelas dapat dilihat Huawei sedaya upaya berusaha untuk menawarkan rekaan yang premium dan tampak ‘flagship’ buat Nova 2 Lite. Saiz skrin yang disertakan pada model ini adalah 5.99-inci dalam nisbah 18:9 sekaligus membuatkan smartphone ini tampil slim dan memanjang. Pada kami skrin yang ditampilkan pada model ini boleh dikatakan agak terang dan memuaskan.

Mengulas dari segi spesifikasi, Huawei Nova 2 Lite dikuasakan dengan processor Snapdragon 430 serta RAM 3 GB. Berdasarkan percubaan kami, Huawei Nova 2 Lite berjaya menjalankan aplikasi harian pengguna seperti Facebook, Twitter dan Instagram tanpa sebarang masalah.

Pengguna juga berpeluang menambah saiz storan 32 GB sedia ada dengan memori kad MicroSD sehingga 128 GB. Kapasiti bateri yang ditawarkan pada model ini adalah 3,000 mAh.

Kamera

Huawei Nova 2 lite

Dari segi kamera, Huawei nampaknya sering memberi penekanan meskipun pada model-model bukan flagship. Begitu juga dengan Huawei Nova 2 Lite yang disertakan dengan dwi-kamera 12-megapixel.

Meskipun harga yang ditawarkan jauh murah berbanding model smartphone flagship, kualiti kamera yang ditawarkan boleh dikatakan agak memuaskan. Pengguna juga turut berpeluang mendapatkan gambar bokeh dan mendapatkan gambar dengan warna yang agak vibrant pada setiap gambar yang diambil.

Dalam pada itu, kualiti kamera Huawei Nova 2 Lite pada waktu malam boleh dikatakan agak kurang memuaskan berikutan penggunaan sensor yang agak kecil. Berikut merupakan sampel-sampel gambar yang diambil menggunakan Huawei Nova 2 Lite.

photo6265061248873900048

photo6265061248873900051

photo6265061248873900052

Adakah berbaloi?

Dua pilihan warna Huawei Nova 2 Lite

Sekiranya budget anda hanyalah sekitar RM800 dan kebawah, mendapatkan Huawei Nova 2 Lite sememangnya berbaloi. Penawaran spesifikasi boleh tahan menarik serta rekabentuknya yang tampak premium antara yang membuatkan anda tidak menyesal mendapatkan smartphone ini.

Selain itu, berdasarkan budget sedia ada, mendapatkan smartphone Xiaomi Redmi Note 5 yang baru sahaja dilancarkan juga antara pilihan yang tersedia.

Bersempena dengan promosi masa terhad Lazada, Huawei Nova 2 Lite yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM799 kini ditawarkan pada harga RM729 sahaja. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan smartphone ini.