Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk secara berseloroh memuat naik satu ciapan bahawa pelan perniagaannya yang seterusnya adalah dia ingin membeli syarikat pengeluar minuman ringan popular Coca-Cola untuk “memasukkan semula kokain” dalam ramuan minuman itu.

“Seterusnya saya [ingin] membeli Coca-Cola untuk memasukkan semula kokain,” kata Musk di laman Twitter miliknya. Tidak sampai 24 jam kemudian, siaran itu berjaya mencapai setengah juta ciapan semula dan 3 juta tanda suka.

Walaupun komen itu lebih kepada bersifat satira, namun sejarah tahu bahawa kokain dan coca-cola pernah ‘bersama’ satu ketika dahulu.

Pada akhir 1800-an, kokain digunakan sebagai bahan utama untuk perisa dalam Coca-Cola, menurut Muzium DEA. Jumlah kokain yang digunakan ke dalam minuman ringan terbabit perlahan-lahan berkurangan dari semasa ke semasa sehingga ia dikeluarkan daripada senarai ramuan sepenuhnya pada awal 1900-an.

Perkataan Coca sendiri berasal daripada kokain (kokain), dan Cola daripada kacang kola yang mengandungi kafein. Coca-Cola, menurut DEA, diperbuat daripada ekstrak daun kokain.

Lama kelamaan, penggunaan kokain mula ditentang, sehingga Coca-Cola mencipta minuman lain yang bebas kokain, dan menjenamakan dirinya sebagai minuman ringan alternatif.

Syarikat Coca-Cola tidak pernah mengakui bahawa minumannya pernah mengandungi kokain. Kononnya, syarikat itu tidak mahu mengaku kerana ia berpotensi melanggar undang-undang dan merugikan syarikat.

“Hari ini ekstrak daun koka, versi dinyahkokain, dikilangkan di Amerika Syarikat dan digunakan dalam perasa minuman Coca-Cola,” petikan di laman web Muzium DEA menyatakan. “Kokain juga digunakan oleh syarikat farmaseutikal untuk ubat-ubatan.”

Jenaka membeli Coca-Cola datang beberapa hari selepas jutawan itu berjaya mencapai persetujuan untuk membeli Twitter dengan harga kira-kira $44 bilion.

Musk berkata dalam satu kenyataan bersama dengan Twitter bahawa dia mahu menjadikan platform media sosial terbabit “lebih baik daripada sebelumnya.” Beliau menambah bahawa ciri-ciri baharu seperti membuang akaun “spam” secara automatik dan membuka ruang buat orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla yang lantang berkata dia mahu memiliki dan menswastakan Twitter kerana dia berpendapat ia tidak memenuhi potensinya sebagai platform untuk kebebasan bersuara.

Nilai saham syarikat Indonesia meningkat selepas Elon Musk makan gula-gula kopiko. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Nilai Saham Syarikat Indonesia Meningkat Selepas Elon Musk Makan Gula-Gula Kopiko

Bagaimana Satu ‘Tweet’ Dari Elon Musk, Mampu Beri Untung Berbilion Dolar Kepada Syarikat Ini

Elon Musk Jadi ‘Gelandangan’ Demi Ke Planet Marikh, Jual Rumah Terakhirnya RM126 Juta