Dalam beberapa tahun ini, Adidas telah menang dalam ‘pertarungan’ scene kasut di seluruh dunia. Dengan kekuatan model-model kasut terbaru Adidas ; NMD, Yezzy dan Boost nampaknya peminat pastinya akan memilih Adidas berbanding Nike yang lebih menumpukan kepada kekuatan kasut-kasut retro mereka.

Menurut Matt Powell, penulis bebas untuk Forbes, Nike selesa di segmen sukan bola keranjang dengan kekuatan yang ada pada Jordan Brand. Jualan segmen kasut retro meningkat sebanyak 25% dengan jualan kasut running retro meningkat untuk setiap jenama sukan. Dikatakan trend retro ini akan bertahan lama kerana permintaan untuk model retro meningkat setiap tahun.

Nike Air Jordan 1 'Bred'
Nike Air Jordan 1 ‘Bred’

Adidas mendominasi dalam segmen lifestyle running dengan model-model hebat seperti Yeezy 350, UltraBoost dan NMD. Walaupun semua jenama mempunyai masalah jualan dalam segmen ini, tidak bagi Adidas. Trend lifestyle running ini juga bakal bertahan lama dan terus berkembang dalam masa akan datang.

Adidas NMD 'OG'
Adidas NMD ‘OG’

Walaupun jenama Nike dan Converse mencatatkan jualan yang bagus, tetapi dengan peningkatan jualan 40% untuk Adidas dan 70% untuk Under Armour, ini bakal memberi tamparan hebat untuk Nike kerana pengguna kini mencari alternatif untuk jenama itu. Adidas kini kembali merampas takhta No.2 dari Under Armour untuk pasaran kasut di Amerika.

Persoalan kini timbul. Adakah Adidas sudah berjaya memintas Nike dari segi jualan di peringkat global? Jawapannya tidak. Masih jauh untuk Adidas memintas Nike kerana Nike sudah mendominasi industri sukan bertahun lamanya dan Adidas cuma meraih peningkatan jualan dalam 2-3 tahun ini sahaja.

Sebagai perbandingan jualan tahunan Nike tahun lepas adalah USD30.6 juta dan Adidas USD16.9 juta. Jauh lagi perjalanan tetapi jika Adidas terus dengan momentum sedia ada, kemungkinan besar Adidas boleh memintas Nike dalam beberapa tahun lagi. Nike perlu memikirkan sesuatu jika mahu terus mendominasi pasaran sukan yang mereka sudah pegang bertahun lamanya.

Baca : Adakah Era Kegemilangan Nike Akan Berakhir?

Sumber