Saya menulis penulisan ini selepas beberapa hari pulang dari bumi Svalbard. Pertamanya Svalbard ini merupakan negara, tapi bukan negara. Pelik tapi benar kan? Lebih tepat Svalbard ni ialah wilayah autonomi bawah Kerajaan Norway.

Kesemua pentadbiran di sini berhubung dengan Kerajaan Norway kecuali beberapa perkara. Perkara paling jelas ialah undang-undang keluar masuk wilayah ini tidak tertakluk kepada kerajaan Norway, tetapi berdasarkan peruntukan yang termetrai hasil ‘Svalbard Treaty’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

svalbard (1)

Nak tahu lebih lanjut anda boleh baca perjanjian ini dan anda pasti terkejut! Kenapa terkejut itu anda kena baca sendiri atau pun tunggu saya cerita mengenai ‘Svalbard Treaty’ dalam topik khusus.

Sekarang kita masuk pada topik. Sebahagian orang terkejut bila saya cerita yang sekarang ni di Svalbard 24 jam malam. Siap ada yang tanya adakah ini tanda-tanda kiamat? Memang tak dinafikan semakin hari semakin dekat kita dengan kiamat. Tetapi fenomena ini sebenarnya telah berlaku sejak dahulu lagi.

Kita boleh klasifikasikan bumi ini kepada 2 hemisfera iaitu utara dan selatan. Disebabkan bumi ini bulat, jadi pada suatu masa, hanya sebahagian bumi yang terkena pancaran matahari. Ini sebabnya apabila Malaysia siang, Amerika berada pada keadaan malam.

world-1582347_1280

Disebabkan putaran bumi pada suatu tempoh pula (Jun-Ogos) sinaran mentari dominan pada hemisfera utara yang menjadikan siang panjang manakala sebaliknya pada hemsifera Selatan. Tempoh ini disebut sebagai musim sejuk di hemisfera utara, manakala musim panas di hemisfera selatan.

Maka apabila anda tengok peta, Semakin jauh sesuatu tempat itu dari garisan khatulistiwa di hemisfera utara, semakin dominan sinaran matahari. Bermakna semakin panjang siangnya.

svalbard-seed-vault-1-e1495222525105

Hingga suatu titik berdekatan kutub utara, kawasan tersebut terkena sinaran mentari berterusan. Bermakna siang 24 jam. Nak mudah, hipotesis yang saya boleh bagi untuk tempoh tersebut (Jun-Ogos) ialah di hemisfera utara, semakin jauh sesuatu tempat tu dari garisan khatulistiwa, semakin panjang siangnya. Di hemisfera selatan- semakin jauh sesuatu tempat tu dari garisan khatulistiwa, semakin panjang malamnya.

Dah faham? Cuba aplikasikan kefahaman anda tu untuk musim yang lain pula. Disember-Februari di mana mentari dominan pada hemisfera selatan. Anda terbalikkan sahaja apa yang anda faham di atas tadi.

svalbard-header-1

Berdasarkan penjelasan tadi, sekarang anda dah fahamkan kenapa Svalbard 24 jam malam sekarang? Sebabnya sekarang ialah musim sejuk di hemisfera utara dan Svalbard terletak 78 darjah ke utara. Dah nak dekat dah dengan kutub utara.

Maka pada waktu ini Svalbard tidak terkena sinaran mentari selama hampir 4 bulan. Sebab itulah memanjang 24 jam malam. Sebaliknya pada waktu ini di Antartika sana, mereka mengalami 24 jam siang untuk bebrapa tempoh.