Berikutan timbunan sisa plastik yang diimport secara haram dari China untuk tujuan kitar semula, cadangan Kerajaan Negeri Selangor telah hadir dengan sebuah mekanisme bagi menangani perkara tersebut; dengan melelong sisa plastik untuk dilupuskan tetapi perkara itu dilihat tidak berhasil. 

Hal ini kerana longgokan sampah yang dibuat adalah terlalu banyak sekaligus mencemarkan kawasan sekeliling serta menelan kos yang tinggi untuk diproses.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui pengumuman Pengerusi Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru iaitu YB Ng Sze Han, beliau mengatakan proses kitar semula yang melibatkan 17,000 tan metrik plastik (ibarat keluasan empat padang bola sepak) pastinya akan menelan belanja yang tinggi untuk melupuskan sisa-sisa tersebut. Perbelanjaan yang melibatkan berjuta-juta ringgit ini secara tidak langsung pastinya akan membebankan pembayar cukai.

eight_col_plastics
Sumber: KEADAAN SEKITAR KILANG HARAM YANG BERADA DI JENJAROM. SUMBER: RADIONZ

Sebelum ini, beberapa kilang kitar semula haram telah ditutup dan disita oleh pihak berkuasa namun kehadiran kilang yang baharu agak sukar dibendung oleh pihak kerajaan. Daerah Kuala Langat dan Klang juga turut menjadi sasaran pembukaan tapak kilang kitar semula haram ini kerana lokasinya yang tersorok dalam ladang kelapa sawit dan menjadi pilihan kerana dekat dengan pelabuhan.

Bayangkan longgokan sisa plastik yang diimport secara haram sebanyak 17,000 tan ke negara kita, tetapi kita masih lagi menggunakan plastik dalam kehidupan seharian. Pastinya penggunaan plastik dalam kehidupan seharian sedikit sebanyak akan menjejaskan alam sekitar kerana plastik mengambil masa 500 tahun untuk reput sepenuhnya.

image

Setakat ini, masih belum diketahui adakah masalah ini dapat diselesaikan memandangkan kerja longgokan sampah ini melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan. Untuk pengetahuan anda, Australia dan New Zealand antara negara yang memilih Malaysia sebagai destinasi untuk melonggok sampah.

Diharap pihak yang berwajib membuka mata tentang isu ini. Di dalam kita ke arah sifar plastik, plastik dari luar negara pula diambil secara tidak terkawal. Jalan terbaik adalah menghentikan terlebih dahulu pengambilan plastik dari luar negara dan kitar semula dahulu lambakan plastik yang sedia ada di dalam negara.

Sumber