Pengurusan diri adalah perkara asas dalam kehidupan manusia. Apa yang saya ingin kongsikan adalah persoalan daripada saya juga sebenarnya sebelum saya menjejakkan kaki ke pelantar minyak.

Setelah saya berpeluang ke pelantar minyak, barulah saya tahu bagaimana sebenarnya pekerja-pekerja pelantar minyak menguruskan diri mereka.

Mandi Guna Air Laut ke?

salah satu jenis 'Water Maker' atau Mesin Pemprosesan Air yang ada di pelantar minyak. (Gambar: CTreat)
salah satu jenis ‘Water Maker’ atau Mesin Pemprosesan Air yang ada di pelantar minyak. (Gambar: CTreat)

Ini antara persoalan pertama yang keluar dari benak fikiran saya. Seperti yang kita sedia maklum air laut adalah air garam. Kalau anda pernah mandi pantai, begitulah rasanya kita mandi air laut. Melekit, rasa tidak selesa, masin dan sebagainya.

Baik, sebenarnya memang mereka mandi air laut tetapi air laut yang telah diproses. Proses penapisan dan proses penyulingan yang menjadikan air itu selamat untuk mandi dan membasuh baju di laundry.

Di pelantar minyak juga mempunyai centralized water heater di mana anda boleh memilih air panas/sejuk di pili bilik air mandi.

Sistem yang sama kita jumpa di mana-mana hotel. Jadi, anda jangan bimbang apabila anda ke pelantar minyak kerana anda mandi menggunakan air yang bersih dan selesa seperti anda berada di hotel 5 bintang. Hehe.

Bagaimana Sisa-Sisa Kumbahan Pula?

Sistem rawatan sisa-sisa kumbahan di pelantar minyak. (Gambar: Denora)
Sistem rawatan sisa-sisa kumbahan di pelantar minyak. (Gambar: Denora)

Ini pun saya kadang-kadang berfikiran agak nakal. Membayangkan sisa-sisa kumbahan terus di buang ke laut begitu sahaja. Maka tidak hairanlah banyak ikan datang berkumpul di kaki jacket pelantar minyak. Haha.

Baik, sebenarnya di pelantar minyak ada sistem rawatan sisa-sisa kumbahannya sendiri. Bagaimana anda selalu lihat di kawasan perumahan/kondo/apartment, begitu jugalah keadaannya di pelantar minyak.

Yang membezakannya adalah sistem rawatan sisa-sisa kumbahan di pelantar minyak amatlah kompak kerana ruang yang ada amatlah terhad. Maka, design sistem rawatan sisa-sisa kumbahan mestilah kompak dan memenuhi ketetapan yang telah ditentukan.

Sisa-sisa kumbahan yang telah di rawat mengikut piawaian antrabangsa, jabatan alam sekitar dan pihak berkuasa akan dilupuskan terus ke dasar laut.

Jangan risau kerana ianya adalah sisa yang selamat dan tidak akan mengganggu kehidupan di laut.

Setakat itu dahulu perkongsian dari saya. InsyaALLAH saya akan sambung lagi perkongsian-perkongsian menarik mengenai kehidupan di pelantar minyak dalam artikel akan datang.

Tonton bagaimana pekerja di pelantar minyak sambut Hari Raya: