Sejak 2015 sering kita dengar ramai kalangan rakan-rakan dari Malaysia terlibat dalam kemalangan di Thailand. Persoalannya, adakah kita memandu cuai? Persoalan ini aku jawab Ya dan Tidak.

Pertama ‘Ya’. Kenapa aku kata ya? Ini kerana kebiasaan kita sudah biasa dengan had laju 110km/j di lebuhraya Malaysia dan kita terbawa-bawa sikap itu bila memandu di Thai walaupun had laju di sana hanya 90km/j sahaja.

Kita sering membandingkan cara pemanduan laju dengan warga Thai itu sendiri. Kebanyakkan kenderaan Thai dipandu laju lebih daripada had laju yang ditetapkan.

Kedua aku jawab ‘Tidak’ kerana rata-rata sahabat Malaysia lulus ujian memandu berbanding dengan pengguna jalanraya Thai. Sahabat Malaysia tahu undang-undang peraturan lalulintas.

Thailand road

Namun BUDAYA pemanduan di Thai tidak sama dengan budaya pemanduan di Malaysia. Contohnya, semasa U-Turn, pemandu Thai akan U-Turn dan mengambil ruang yang luas dan menghimpit ke kiri. Kita pula biasanya akan menghimpit ke kanan.

Semasa Sahabat Malaysia melewati U-Turn, secara langsung mereka akan mengambil lorong kiri. Ini akan mengakibatkan kemalangan pertembungan dengan kenderaan Thai.

Kemalangan motosikal pula sering bertembung dengan kenderaan keluar simpang. Bagi rata-rata kenderaan Thai, tidak melihat kiri-kanan adalah kebiasaan terutama simpang yang berhubung dengan jalan kampung.

thailand motor

Oleh itu anda MESTI berhati-hati jika memandu di lorong kiri. Kebanyakkan mereka tidak pernah belajar undang-undang jalanraya.

Motosikal songsang jalan, adalah perkara biasa di Thailand. Ini kerana sikap ambil mudah mereka dan kurangnya penguatkuasaan. Pendapat aku, rata-rata sahabat Malaysia tahu undang-undang jalanraya. Cuma mereka membawa budaya Malaysia ke jalanraya di Thailand.

Fahami budaya pemanduan disini. Jika anda tidak berpengalaman, permulaannya, mohon ikut mereka yang telah biasa. DI THAILAND SEMUA BOLEH NAMUN JIKA TERLIBAT DENGAN UNDANG-UNDANG, MAKAN TAK HABIS.

Sempena cuti Deepavali yang akan berlangsung hujung bulan ini, Selatan Thailand dijangka akan sesak dengan kehadiran rakyat Malaysia. Justeru itu, ini beberapa tip penting sebelum anda memandu sendiri ke sana.

Pentingnya 4 Insurans Ini Jika Anda Travel Ke Thailand Dengan Kenderaan Sendiri

8 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memandu Sendiri Di Thailand

Adik Pemandu Myvi Yang Terlibat Kemalangan Di Thailand Kongsi Cerita Sebenar