Rekaan rumah yang terkini kebanyakkannya mempunyai rekaan yang moden dan ‘tidak berbumbung’. Maksud tidak berbumbung ini adalah bahagian atas tidak lagi berbentuk ‘segi tiga’ tetapi rata. Tuan Azizul Azli Ahmad membuat penjelasan adakah trend rumah tanpa bumbung ini bagus atau pun tidak.

Istimewakah rumah tanpa bumbung?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kebanyakkan reka bentuk rumah hari ini semakin hilang bumbungnya. Kos ubah suai kediaman yang melibatkan bumbung merupakan kos yang mahal dan tinggi.

2. Bumbung yang tidak baik akan beri kesan kepada hujan dan haba pada rumah kita.

3. Selain itu, peranan bumbung untuk ‘cepat-cepat jangan lambat-lambat’ bawa air keluar dari bangunan. Semakin lama air berada atas bumbung, semakin tidak baik.

Bumbung 1

4. Air yang lambat turun ini akan meresap ke dalam dinding menjadi ejen pereputan dan pemankin tumbuhnya kulat.

5. Bumbung atap curam paling baik kerana hujan yang lebat bagi air keluar cepat-cepat dari atas bumbung agar tak jadi beban.

6. Semakin tinggi bumbung rumah kita, semakin baik dan sejuk kediaman.

7. Jika bumbung rumah kita rata seperti ini, pastikan ketinggian dinding melebihi 3.2 meter ke atas. Semakin tinggi dinding semakin besar ruang udara beralih dan bergerak, semakin sejuk kediaman kita.

8. Kebanyakkan bumbung rata begini tiada bukaan untuk laluan udara, ia direka untuk tujuan pemasangan pendingin hawa. Berapa bil pendingin hawa yang kita akan tanggung selama beli kediaman ini nanti? Bil bayar setiap bulan, hutang rumah bayar 30 tahun ke depan?

Rumah Cover

9. Sebab itu rumah zaman dulu ada laluan udara dan airwell agar kediaman kita tidak menjadi perangkap haba yang panas membara di jiwa.

Tidak semua yang nampak baru dan moden itu baik buat kita kawan. Hati-hati membeli kediaman jenis ini.

Membayar hutang kediaman yang mahal itu sudah cukup melukakan dan membebankan, apatah lagi biaya baiki rumah dan billyang mahal setiap bulan.

Azizul Azli Ahmad
Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur

Bantu sampaikan tulisan ini pada semua sahabat kita agar tidak salah membeli kediaman. Kita mungkin sekali seumur hidup beli kediaman, bukan sepanjang zaman.