RFID akan diperkenalkan oleh pihak Touch N’ Go (TNGo) sedikit masa lagi kepada semua. Buat sementara waktu, ianya hanya akan dipasang kepada individu yang terpilih untuk pilot testing teknologi RFID ini.

GC Mah adalah antara individu yang berpeluang menjadi antara yang berpeluang mencuba sistem RFID ini dan dalam video di bawah, beliau menggunakan lebuhraya KESAS untuk mencuba teknologi RFID ini. Adakah ianya lebih bagus berbanding SmartTAG?

RFID toll test on Kesas Highway.

Posted by GC Mah on Thursday, 6 September 2018

Selepas melihat video ini, jawapannya adalah ya dan tidak. Melalui video ini, anda perlu menyusuri laluan RFID secara perlahan (sekitar 25km/j) dan baharulah kamera dapat menangkap cip RFID yang ada pada kereta anda. bahar Jika anda memandu laju, kereta anda tetap akan tersangkut.

Pihak TNGo sendiri berkata RFID ini masih lagi di peringkat percubaan dan akan diperbaiki dari masa ke semasa. Jika masalahnya sama sahaja seperti SmartTAG, apa gunanya ada sistem yang lebih canggih? Adakah anda antara yang akan membeli teknologi RFID ini apabila ianya berada di pasaran kelak?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group