Saya masih ingat lagi sekitar tahun 2004, ketika mana Motorola Razr V3 diumumkan. Bukanlah yang pertama dengan rekaan boleh lipat, cumanya rekaan yang nipis dan penggunaan material besi berjaya membuatkan Razr V3 dilihat sebagai sebuah telefon bimbit yang premium dan seksi.

maxresdefault

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas hampir 12 tahun berlalu, Motorola pada hari ini mengumumkan mereka bakal mengeluarkan Motorola Razr dengan versi terbaharu. Boleh dikatakan suatu ‘comeback’ yang epik memandangkan trend telefon boleh lipat ini sudah lama terkubur sejak sistem operasi iOS dan Android mendominasi arena telefon pintar.

Segalanya bakal terjawab pada 9 Jun 2016 ini apabila Motorola bakal mengumumkan telefon pintar terbarunya. Adakah Motorola dapat sekali lagi dapat kembalikan trend telefon pintar jenis lipat? Sama-sama kita nantikan spesifikasi dan rekabentuk yang bakal diumumkan kelak.

Dalam pada itu, Nokia juga bakal membuat ‘comeback’ di dalam arena telefon pintar ini. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=RVzE1YS9UWM