Tahun lalu, Hugh Jackman dan Pierce Brosnan dilihat bergambar bersama Ryan Reynolds. Ketika itu kuat khabar angin yang berkata Brosnan bakal memegang watak Cable untuk Deadpool 2. Tetapi zahirnya, Josh Brolin yang memegang watak berkenaan. Tetapi sesuatu yang mengujakan berlaku semalam.

Dalam satu video ucapan yang dibuat Hugh Jackman menerusi laman Facebook miliknya, Deadpool dapat dilihat berada bersama-sama beliau dalam klip berkenaan. Video ini sudah dikongsi lebih 100 ribu kali di Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai yang mula membuat spekulasi mengatakan Hugh Jackman mempunyai projek ‘rahsia’ bersama Ryan dan mungkin ada kena mengena dengan Deadpool 2. Tetapi ada juga yang berpendapat ianya satu projek masa depan yang akan menggandingkan dua pelakon ini.

Mungkinkah Ryan Reynolds berjaya memujuk Hugh Jackman untuk kembali berlakon dalam Deadpool 2? Atau ini sekadar gimik pemasaran untuk filem Deadpool yang akan keluar pada bulan hadapan? Sama-sama kita nantikan.