Siapa sahaja tidak mengenali nama pelakon, Adam Corrie, 52 atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah. Sering melakonkan watak antagonis (penjahat) yang sinonim dengan perwatakkan gangster, tetapi dalam kehidupan sebenar, karakter beliau amat berbeza sekali lebih-lebih lagi selepas beliau memeluk agama Islam.

Sebelum memeluk Islam, Adam difahamkan pernah mendedahkan bahawa beliau dahulunya seorang atheis iaitu individu yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya dilahirkan daripada keluarga agama Buddha dan pernah menjadi seorang atheis, tidak percaya bahawa Tuhan itu wujud,” kata Adam seperti dipetik laporan portal Mstar.

Kemudiannya, beliau mula sedar yang jiwanya kosong dan tiada pengangan dalam hidup. Tetapi itulah yang dinamakan hidayah Allah dan Alhamdulillah akhirnya beliau berjaya memeluk Islam, lapor Mstar.

Hari ini tepat pada 13 Julai 2021 merupakan genap 14 tahun Adam Corrie yang istiqamah memeluk Islam. Sempena memperingati peristiwa yang bermakna ini, beliau juga telah berkongsi kisah bagaimana beliau boleh mendapat hidayah memeluk agama Islam menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

“Saya masih ingat lagi, pada waktu pagi sekitar jam 3.00 ke 4.00 pagi pada 13 Julai 2007 iaitu 14 tahun yang lalu.

“Ketika itu saya belum kembali pada fitrah (belum memeluk Islam) dan saya nekad berdoa kepada Allah kerana menginginkan kehidupan yang lebih baik.

“Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan agamaku sehingga mati, berikanlah aku petunjuk,” tulis Adam.

Tulis Adam lagi yang berkata bahawa beliau mendapat petunjuk hidayah memeluk Islam ketika berada di alam mimpi dan terus terjaga ketika azan subuh berkemundang.

“Setelah mendapat hidayah serta petunjuk, paginya saya terus pergi ke pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun.

“Alhamdulillah, Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya.

Perkongsian itu menerima respon baik daripada peminatnya. Rata-rata berkata walaupun beliau nampak ganas ketika bawa watak Dragon dalam filem KL Gangster, luarannya Adam Corrie seorang yang sesuai untuk dijadikan role model untuk insan lain yang mahu memeluk agama Islam.

“Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqamah memeluk Islam dalam diri saya dan kita semua. Senyum selalu, selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” tulis Adam mengakhiri hantaran beliau di Facebook.

Seorang nenek dari Amerika Syarikat masuk Islam setelah menonton sinetron. Baca lagi menerusi klik pada pautan di bawah.

Seorang Nenek Dari Amerika Syarikat Masuk Islam Setelah Menonton ‘Sinetron’

Kenali Rudy, Budak 9 Tahun Yang Memilih Untuk Memeluk Islam Pada Usia 9 Tahun

‘Sudah Lama Mahu Masuk Islam’- Ebit Lew Sebak Ketika Ziarah Sebuah Keluarga Di Gopeng