Apple sudah membuang lubang jack untuk iPhone 7 yang terbaru dan meninggalkan persoalan bagaimana untuk dengar lagu sambil mengecas telefon? Untuk menjawab persoalan ini, Belkin ada jawapannya.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Pembuat aksesori telefon, Belkin telah mengeluarkan produk ini, adapter yang membolehkan anda mendengar lagu sambil anda mengecas telefon. Jadi tidak akan muncul masalah untuk anda buat dua perkara sekaligus.

belin

Dinamakan Audio + Charge RockStar, aksesori ini menyokong 48kHz 24-bit audio output yang membolehkan anda menggunakan headphone 3.5mm anda sambil mengecas telefon pada masa yang sama. Adapter ini berfungsi untuk iPhone 7, 7 Plus dan iPhone dengan sistem iOS 10 dan ke atas.

Adapter ini akan dijual pada harga USD39.99 (lebih kurang RM164). Kalau anda tak mampu untuk beli iPhone 7, boleh beli adapter ini dulu. Janji anda boleh post di Insta dan tulis ‘Loving my new iPhone 7’. Boleh ke laman Belkin di sini untuk update berkenaan adapter ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group