Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Al Irfan Jani, seorang graduan dari sebuah universiti di Jepun. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia turut membawa manfaat untuk anda terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang meningkat remaja.

“Sometimes when we can’t go against them, ride with them. It’s easier to show the right thing when we are ‘inline’ with them – anonymous”.

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Petang tadi, sewaktu mengajar anak-anak Matematik Tambahan di masjid, saya perasan seorang daripada mereka, sedang sibuk mencalit-calit skrin smartfonnya. Dari gaya calitannya, SAH, memang COC. (hebat saya meneka, kan?)

COC adalah Clash of Clan, permainan pintar yang sedang hangat masa kini.

clash-of-clans-3

“Nurul, cuba jawab dy/dx ni. Saya nak dibezakan sebanyak dua kali,” saya saja ‘ganggu’ beliau.

– “Err… Err…” Sesekali dia membetulkan tudung Yuhanisnya. Tersipu-sipu jadinya.

“Itulah, lain kali nak ‘raid’ COC, kena ajak saya sekali,” saya seloroh.

Berdekah semua anak-anak ini ketawa. Ingatkan mereka memang tertawakan Nurul (awalnya saya sangka begitu), rupanya mereka kagum dengan saya. Mereka tak sangka cikgu dia layan juga COC.

– “Cikgu, cikgu, dah sampai level berapa?”
– “Cikgu, ‘gems’ / mines boleh share ke? Saya tak faham.”
– “Jom cikgu, jom, esok 11 malam kami ada ‘raid’.”

Melihatkan mereka berminat benar dengan cerita COC, lantas saya pun buka tawaran begini:

“Ok, saya nak ‘lawan’ macam ni. Siapa yang ‘Experiences’ paling tinggi di sini, dia berhak mematikan semua telefon di sini. Amacam?”

Dengan sepantas kilat, masing-masing membuka smartfon mereka, dan meletakkan di atas meja. Terkejut betul saya dibuatnya. Nisbah 8 daripada 10 orang rupanya memang bermain COC. Yang introvert, ekstrovert, yang jenis cepat tangkap, jarang buat kerja rumah, ramai yang main permainan ini.

Saya pun membuka smartfon saya. Mereka semua meluru ke meja saya. Sampai bergaduh berhimpitan, nak tengok sangat saya punya ‘Exp’ (tahap dalam COC).

– “WAH!! BANYAKNYA EXP!”
– “PERKH! GILA, JALAN SENDIRI…”
– “POWER BETUL…”

“Ya, kawan-kawan. COC saya memang jalan sendiri. Automatik.” Saya terangkan dengan sejelasnya.

Kemudian, saya tunjukkan satu per satu. Memang gila mereka dibuatnya, bila melihatkan semua watak di dalam akaun saya berjalan sendiri, automatik. Sesekali bertukar aktiviti. Tanpa saya menyentuhnya langsung.

– “Wah, cikgu. Jom lah ajar kami main macam tu.”
– “Saya pun nak main COC style ‘malas’ macam cikgu.”
– “Kita buat kelas khaslah untuk strategi COC ni, nak? Kita sanggup bayar…”

“OK, sekarang, saya akan ‘curi’ masa lima minit. Saya akan ajar macam mana nak jadikan COC ini automatik.”

Muka masing-masing dah bersinar. Teruja betul. Ada yang terus simpan buku. Ada yang buka buku nota conteng peribadi. Seorang tu, sampai pinjam pen di sebelah (dakwat habis agaknya).

SRETT… SRETT… Saya padam papan putih, dan mulakan pengajaran.

“Baik, sebelum saya perkenalkan satu Apps ni, kita harus pandai menulis satu skrip programming. Mula-mula, kita kena faham ‘bahasa’ yang digunakan oleh smartfon ini, dan tulis ‘arahan’ dalam bahasa itu.”

Saya pun menconteng.

Sekejap-sekejap, saya tunjukkan pemahaman graf, paksi-x, paksi-y, yalah, sebab kita nak tahu kedudukan Touch/sentuhan untuk skrin smartfon. Barulah kita tahu macam mana nak arahkan ‘troops’.

Sesekali melompat ke topik Probability. Selit subjek ratio lah bagai. Kena tahu juga, berapa gems kita perlukan. Nak ‘farming’ lagi, kena guna arahan IF/ELSE.

Lepas tu, nak pilih ‘town halls’ lagi. Terselit Quadratic Function, sebab kita nak persiapkan diri untuk banyakkan ‘raid’, dan tingkatkan aktiviti ‘collect resources’, nak ‘upgrade’ bangunan lagi….. Phew…

Sengaja saya ajar mereka dengan laju. Masing-masing dah bersimpang-siur buku rujukan Matematik Tambahan itu dibelek-belek mereka. Sebab dah selalu sangat saya lompat-lompat topik.

Cukup 5 minit. Semua tercengang. Sampai cincai boncai papan putih dibuatnya.

“Kawan-kawan…” Saya memang bahasakan mereka begitu.

“Tengoklah! Di depan mata kalian. Satu nota pun tak sempat ditulis. Satu apa pun anda tak faham, kan?”

Dengan tona suara saya yang sedikit tinggi dari biasa, saya pasti mereka dapat ‘menangkap’ apa maksud tersirat dari pengajaran saya tadi.

“Macam mana kalian nak faham apa yang saya buat dengan Apps dan Sofwer ini, kalau ilmu yang paling ASAS pun belum dikuasai? ‘Addmath’ ini baru yang sedikit. Belum lagi masuk topik-topik baru di luar subjek?”

Kali ini saya cuba sejukkan suara ini.

“Orang lain berlumba-lumba mencipta teknologi, kita tercengang-cengang di sini, jadi HAMBA. HAMBA TEKNOLOGI. Orang lain yang buat games, reka itu ini, kita sampai mati pun MEMBELI, dan guna buta-buta. Sampai bila kita nak jadi pencipta? Puncanya? Sebab kita tidak kuasai ASAS-ASAS ilmu ini. Asas kiraan, asas hukum, formula, logik, mantik…”

Mereka masih diam membantu. Tertunduk.

“Macam mana nak faham ASAS yang sedang saya ajarkan selama ini, kalau kita sendiri masih asyik dengan dunia sendiri?”

clash-of-clans-2

“Saya nak buat pengakuan. Akaun COC ini bukan saya punya. Saya diupah dari customer luar negara, untuk servis meng’aktif’kan akaunnya. Saya dibayar, matawang, US Dollar.”

“Kalian sendiri pun, beli itu dan ini, guna duit siapa? Hotspot tu siapa yang bayar? Kelas yang membayar saya untuk berdiri di depan ini, siapa yang tanggung?”

Terangguk-angguk mereka. Ada yang menitis airmata. Tak tahu kenapa. Sedih ke, menyesal ke, saya sekadar lihat dari luaran.

“Jadi, bolehkah izinkan saya untuk mematikan semua smartfon di sini?”

– “Ok cikgu. Maaf cikgu…”
– “Ya, ‘Experiences‘ memang mahal.”
– “Sekarang juga saya ‘uninstall‘ cikgu.”
Ada 4, 5 orang keluarkan smartfonnya dan letakkan di meja saya. Sukarela.

Kini, saya melihat wajah-wajah anak ini, tidak seperti biasa. Kali ini, saya pasti, di depan saya ini, adalah anak-anak yang semakin kental jiwanya.

TENAGA.
Adalah sesuatu yang sering perlu kita kongsikan sama-sama.

BACA: Kanak Kanak Sekarang Terlalu Terikat Dengan Gajet. 10 Tip Ini Boleh Elak Mereka Ketagih

BACA juga: Kisah Sebenar Kenapa Ibu Muda Ini Menamatkan Langganan Astro Beliau

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka