Baru-baru ini Lembaga Penapis Filem (LPF) telah mengeluarkan satu pekeliling mengenai garis panduan khusus penapisan filem stesen televisyen. Tujuan garis panduan ini dikeluarkan adalah bagi memudahkan pihak stesen membuat rujukan semasa memilih, dan menapis konten TV dan meletakkan klasifikasi yang betul pada konten-konten TV.

Sebelum ini aspek utama yang digunakan sebagai asas penapisan adalah seperti berikut:

31999920281_50440647e3_b
HYPE
‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun
Baca lagi →

i. Keselamatan dan ketenteraman awam
ii. Keagamaan
iii. Sosiobudaya
iv. Ketertiban dan ketatasusilaan

Dengan panduan terbaru ini, semua saluran televisyen di stesen TV free to air atau TV berbayar lebih mudah menyeragamkan penapisan konten dan lebih meyakinkan memaparkan konten-konten yang tidak mengundang kontroversi di kalangan masyarakat.

Panduan ini dirangka dengan mengambilkira faktor kepelbagaian penonton TV dari segi kumpulan umur, agama dan kaum.

1. Adegan-adegan yang akan dipotong

2. Dialog-dialog yang akan ditapis

3. Perkataan-perkataan yang akan dipadamkan

LPF 14

Bagi peminat filem dan drama, panduan ini seperti akan mencincang konten-konten TV. Manakala bagi penggiat seni pula, ini satu cabaran buat mereka dalam usaha menghasilkan karya yang bermutu tetapi tidak kelihatan janggal dalam jalan penceritaan filem/drama. Bagi masyarakat, ini satu petanda baik bagi mengurangkan elemen-elemen kebaratan di dalam filem/drama tempatan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka