2022 merupakan tahun paling hebat Tan Sri Michelle Yeoh selepas dia dinobat Ikon Tahun 2022 oleh majalah Time.

Semalam, Michelle Yeoh cipta satu lagi sejarah buat dirinya apabila dia dinobatkan pula sebagai pemenang Anugerah Golden Globe untuk filem yang menurut pengkritik merupakan persembahan terbaiknya dalam sesuatu karya, Everything Everywhere All At Once.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian tersebut, ada juga netizen yang mempertikaikan mengapa rakyat Malaysia mahu claim pencapaian Michelle Yeoh.

Pandangan tersebut ternyata tidak dipersetujui oleh rakyat Malaysia yang lain. Rata-rata berkata Michelle Yeoh tidak pernah lupa beliau berasal dari Malaysia dan akan mempromosikan Malaysia sekiranya ada peluang. Contohnya dalam babak siri Star Trek: Discovery yang kembali dikongsi oleh peminat siri Star Trek di Malaysia.

Dalam adegan itu, beliau yang memegang watak sebagai Captain Philippa Georgiou ditanya tentang tempat kelahiranya di bumi. “Jangan mengarut, Michael. Anda tahu saya dibesarkan di Malaysia.” Ketika ditanya lagi lokasi dengan lebih tepat, Michelle Yeoh menjawab Pulau Langkawi.

Walaupun ia hanya satu dialog yang ringkas, Michelle Yeoh boleh sahaja memetik nama-nama bandar besar lain yang ada di seluruh dunia seperti New York, Tokyo, London dan Paris. Tetapi beliau memilih untuk menyebut nama Malaysia dan Pulau Langkawi dalam siri tersebut.

Dalam perkongsian terbaharunya di Instagram, beliau rasa terharu dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sejak dari mula sehingga beliau memenangi anugerah hebat tersebut.

“Untuk Raja, Permaisuri dan Perdana Menteri di Malaysia juga keluarga saya di Hong Kong, saya sangat bersyukur kerana di sinilah pengembaraan saya sebagai pelakon bermula. Terima kasih untuk segala cinta, sokongan serta pengajaran berguna. Saya tidak dapat membalas semua mesej yang diterima. Terima kasih dan saya sayang anda semua,” tulisnya.