Kalau anda tiada rancangan apa-apa hujung minggu ini, bolehlah ke Adidas Three Stripes Maniacs 2017 (TSM2017) yang akan berlangsung di University Malaya Art Gallery. Pameran TSM2017 ini adalah pameran Adidas terbesar di Malaysia yang menghimpunkan kaki-kaki ‘sneakers’ atau kasut kasut limited edition keluaran Adidas.

Memasuki tahun kedua penganjuran, TSM merupakan acara yang dianjurkan peminat Adidas sendiri, dengan dana sendiri tanpa bantuan dan tajaan badan korporat. Mereka mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk menganjurkan pameran ini supaya orang ramai berpeluang untuk melihat kasut-kasut yang jarang dijumpai di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dianggarkan lebih daripada 200 kasut yang dimiliki collectors Adidas dari seluruh Malaysia akan dipamerkan, malahan ada model kasut yang dikatakan begitu terhad dan ada juga yang tidak pernah dilihat pun di pasaran. Antaranya model Adidas Borneo ini serta model-model vintaj city series yang lain seperti Rio, Dublin dan banyak lagi.

Paling menarik adalah kedatangan collector legendary Adidas dari Berlin, Quote. Beliau begitu popular dikalangan collector sehingga Adidas sendiri pernah mengeluarkan model kasut khas untuk Quote yang direka berdasarkan model popular ZX. Dengar-dengar Quote juga ada bawa 5 pasang kasut khas dari Germany di mana nilai 5 pasang kasut ini adalah RM80 ribu! Kalau ianya terus dari koleksi Quote, saya percaya ianya pasti sangat rare.


Bukan sahaja pameran, demonstrasi cara penjagaan kasut juga akan diadakan esok. Kalau anda ada kasut vintaj Adidas yang sudah luntur warna, esok boleh belajar cara-cara untuk dye kembali kasut anda tu. Barulah nampak lebih fresh dan menawan. Tidak lupa juga penjual Adidas terkemuka Malaysia akan turut membuka booth pada pameran ini. Kalau-kalau anda memang sedang sedang mencari kasut Adidas edisi khas, kenalah datang esok. Siap sedia ongkosnya sahaja.

Dari model vintaj hinggalah ke Yeezy akan dipamerkan esok. Yuran masuk pameran ini adalah RM10. Yuran masuk ini pun untuk cover kos persiapan pameran ini sahaja sebenarnya. Memang jarang-jarang berlangsung pameran sebegini dan harap anda tidak lepaskan peluang untuk hadir ke pameran ini. Tag dan ajak rakan anda join pameran ini esok. See you guys tomorrow!

Three Stripes Maniacs 2017 (TSM2017)
Lokasi: Universiti Malaya Art Gallery (Ada dalam aplikasi Waze)
Tarikh: 25/ 26 March 2017
Bayaran masuk: RM10/sehari