Adidas meneruskan rentak mereka dalam menghasilkan kasut-kasut yang handsome dan kali ini, kasut ini anda boleh pakainya untuk ke pejabat! Adidas Acapulco Slip-On ini memang sangat mengancam dan pasti ramai yang akan memandang jika anda menggayakannya.

Model Acapulco Slip-On ini mengambil inspirasi dari model tahun 1988 dengan nama yang sama. Rekaannya dikemaskan untuk model terbaru ini dan menggunakan kulit berkualiti tinggi, strap di bahagian tengah kasut dan logo Adidas ‘bunga’ menghiasi sisi tengah kasut ini.

Acapulco Slip-On ini adalah model untuk skateboarding sebenarnya. Kalau dah kasut skateboarding, memang comfort sangat kasut ini nanti. Jika anda seorang skaters tegar, habis kerja sahaja terus anda boleh buat kickflip dengan penuh bergaya di depan boss anda. Kalau anda berani. Akan berada di pasaran bulan Mac ini pada harga USD80 (lebih kurang RM360) dan harap-harap model ini boleh didapati di Malaysia. Kacak sungguh kasut ini.