adidas UltraBOOST mungkin antara model paling popular dan terbaik yang pernah dihasilkan oleh adidas. Bersempena musim sejuk akan datang ini, pihak adidas mahu mengeluarkan semula model OG UltraBOOST ini yang popular kerana pernah disarung oleh Kanye West.

kanye west 1.0

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiada penambahan ciri baharu dibuat untuk model ini dan rekaan original dikekalkan. Istimewa rekaan UltraBOOST 1.0 ini adalah pada bahagian rekaan fabrik tenunnya yang paling cantik antara semua edisi UltraBOOST.

Bagaimanapun, pihak adidas masih belum mengumumkan tarikh dan harga rasmi untuk model OG ini. Dikatakan harga kasut tak jauh berbeza dengan harga dijual kasut UltraBOOST yang sedang berada pasaran ketika ini iaitu RM799.