adidas baru-baru ini telah menfailkan permohonan kepada U.S Patent and Trademark Office selepas jenama dari Amerika Syarikat, J. Crew mengemukan permohonan untuk tanda dagang ‘Five Stripes’.

Permohonan itu dibuat selepas adidas melihat perkara berkenaan sebagai melanggar tanda datang milik adidas. adidas bimbang sekiranya rekaan logo ‘Five Stripes’ oleh J.Crew akan dicetak pada produk seperti kasut dan t-shirt keluaran J.Crew boleh ‘mengelirukan’ pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, rekaan yang dikemukan oleh J.Crew langsung tidak sama dengan rekaan ‘Three Stripes’ oleh adidas. Rekaan J.Crew dilihat mempunyai warna dan jarak antara garisan juga berbeza. Pengguna langsung tidak keliru dan perbandingannya boleh dilihat pada gambar di bawah.

adidas J.Crew
Perbezaan rekaan ‘Three Stripes’ adidas dan ‘Five Stripes’ J.Crew. Kredit gambar: The Fashion Law

Untuk pengetahuan anda, adidas sudah mempatenkan tanda datang ‘Three Stripes’ ini sejak tahun 1952 dan akan terus ‘memerangi’ jenama lain yang cuba meniru tanda dagang ikonik jenama berkenaan. adidas dan J.Crew akan ke mahkamah untuk keputusan sama ada J.Crew boleh menggunakan rekaan Five Stripes ini atau pun tidak.

Ini bukanlah kali pertama adidas berdepan dengan isu seperti ini. Ini beberapa lagi kes yang melibatkan tanda dagang adidas

adidas Menang Kes Terhadap Skechers Untuk Model ‘Stan Smith’

adidas Menang Kes Tanda Dagang ‘Three Stripes’