Nampaknya untuk tahun hadapan, model YEEZY Foam Runner ini yang akan jadi ‘rebutan’ para pengumpul serta reseller.

Semalam, rekaan Foam Runner ini tertiris secara atas talian dan rekaan ini mirip kasut YEEZY Boost 700 tetapi dengan rekaan kasut terompah (clog).

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →

Gambar tertiris ini adalah daripada majalah The Face yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Sebelum ini, model kasut ini pernah disarungkan oleh anak perempuan Kanye, North West.

Ramai berpendapat model terbaru YEEZY ini hanyalah model Croc untuk orang kaya tetapi pasti ada yang sanggup beratur untuk membelinya bila ianya berada di pasaran nanti. Tiada harga dikongsikan oleh pihak adidas ketika ini tetapi yang pasti, ‘Croc’ ini ada harga.

Ini pula beberapa model YEEZY lain yang laris di pasaran sepanjang tahun ini.

Pandang Pertama adidas YEEZY BOOST 350 V2 ‘Cloud White’

Lelaki Taiwan Sanggup Beratur 3 Hari Awal Beli Kasut Yeezy Untuk Anak

Anda Mungkin Suka