Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Anda rasa jersi kelab-kelab terkemuka dunia tak cantik dan merasakan anda boleh reka yang lebih baik dari Adidas? Ini peluang anda untuk menghantar rekaan jersi awesome anda kepada Adidas!

Inisiatif terbaru dari Adidas ini bakal menyaksikan rekaan baju dari peminat akan dijadikan official 3rd jersey untuk pasukan-pasukan hebat di bawah tajaan Adidas; Ream Madrid, FC Bayern, Manchester United, Juventus, AC Milan dan Flamengo.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

3rd Jersey Adidas

Sebelum itu anda perlu muat turun aplikasi Creator Studio untuk membuat rekaan jersi ini. Setiap penyertaan akan memasuki ‘Battle Mode’ dan dari situ peminat dari satu dunia akan membuat pilihan kit mana yang menjadi kegemaran mereka. Selepas itu, daripada top 100 rekaan jersi itu nanti akan diundi pula yang terbaik oleh wakil kelab dan pemain dari setiap kelab sebagai pemenang.

“Ianya sesuatu peluang yang baik untuk peminat dari serata dunia untuk mencipta jersi kelab favourite mereka. Saya agak teruja bagaimana rekaan yang akan menjadi pemenang untuk kelab saya nanti,” kata Gareth Bale.

Jika anda ingin mencuba, boleh muat turun aplikasi Creator Studio di sini. Rekaan yang menang akan menjadi official 3rd kit untuk setiap pasukan untuk musim 2017/2018. Selamat berkarya!

  • SUMBER
  • HB

Anda Mungkin Suka