Sempena tayangan Avengers: Endgame pada 26 April ini, adidas telah berkolaborasi bersama Marvel menghasilkan koleksi khas ‘Heroes Among Us’ dengan memperkenalkan salah satu kasut yang mewakili watak Marvel iaitu Captain America.

Menariknya, koleksi khas ‘Heroes Among Us’, Captain America ini diinspirasikan oleh pemain Washington Wizards, John Wall dengan beberapa bintang ikonik Avengers iaitu Iron Man dan James, Black Panther dan Damian Lillard, Captain Marvel dan Candace Parker dan Nick Fury dan Tracy McGrady.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

adidas x marvel vckt

adidas x marvel vckt

Pemilihan untuk pengeluaran kasut ini sangat tepat pada waktunya apabila para penonton masih lagi tertanya-tanya apakah yang terjadi pada watak Steve sepanjang Avengers: Endgame nanti.

Koleksi khas ‘Heroes Among Us’, Captain America ini mula dijual di atas talian dan butik-butik adidas yang terpilih pada 26 April ini dengan harga $180 (RM743.85).