Sudah pernah pakai kasut Nike dengan teknologi Flyknit dan kasut adidas dengan teknologi Primeknit? Mana satu yang lebih selesa untuk dipakai? Kedua-duanya diperbuat daripada jenis jahitan yang sama cuma namanya berbeza.

Nike Inc buat pertama kali memperkenalkan teknologi Flyknit ini pada Februari 2012 dan ianya sangat digemari oleh ramai sehingga ianya membawa jualan USD1 billion kepada Nike. Model Nike Flyknit Racer adalah model yang paling hot pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun yang sama, Adidas turut memperkenalkan teknologi Primeknit mereka sendiri sebulan selepas Flyknit dilancarkan. Nike memegang hak milik ‘749 Patent’ yang diterima mereka pada tahun 2004. Paten ini menjelaskan Nike adalah pemilik hak milik untuk kasut dengan kain teknologi knit yang dipotong dan dipasang terus ke tapak kasut. Sebarang penciptaan/mesin kain jenis ini juga tertakluk dalam paten ini. Teknologi ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja, bahan dan masa untuk menghasilkan sepasang kasut.

UltraBoost OG
adidas UltraBOOST Primeknit ‘OG’

Pada tahun 2012, adidas cuba untuk membatalkan paten milik Nike ini dengan hujah teknologi knit ini terlalu ‘biasa’ dan tidak cukup kuat untuk menjadi satu paten. Namun, pihak US Patent and Trademark Office menolak hujah adidas ini dan berpihak kepada Nike.

Adidas nampaknya tidak berputus asa dan bulan lalu, adidas membuat rayuan kepada pihak US Court of Appeals untuk mengkaji semula paten ini kerana mereka tetap beranggapan Nike tidak layak untuk memegang paten untuk teknologi knit ini.

Hujah rayuan adidas masih belum diceritakan secara penuh tetapi secara dasarnya, adidas berkata teknologi Flyknit bukanlah satu inovasi yang baharu. Semua orang berupaya untuk menghasilkan kain jenis knit ini dan dua paten pada tahun 1974 dan 1994 telah lebih awal menerangkan perihal teknologi knit ini.

Buat masa ini, adidas dan Nike masih bergaduh tentang teknologi ini. Nike memang bijak kerana mereka nampak masa depan teknologi knit ini. Hujah yang dikeluarkan oleh adidas sebenarnya logik kerana syarikat-syarikat kasut lain juga turut mengeluarkan kasut dengan kain knit mereka yang tersendiri ketika ini. Jadi teknologi ini bukanlah sesuatu yang exclusive buat Nike.

Secara dasarnya, jika adidas menggunakan teknologi yang dipatenkan oleh Nike, adidas perlu membayar sejumlah wang kepada pemilik paten berkenaan. Mungkin ini yang berlaku ketika ini. Kes ini masih berlangsung dan bergantung kepada rayuan adidas sama ada mereka memang kes ini atau pun tidak. Bagi kami, model UltraBOOST dengan kain Primeknit adalah kasut paling sedap dan selesa untuk dipakai ketika ini.

Sumber