adidas pada minggu ini dilaporkan gagal mempertahankan hak cipta logo ‘3 Stripes’ yang cukup ikonik dengan jenama ini sejak sekian lama. Hal ini disebabkan keputusan Mahkamah Eropah yang mengatakan rekaan logo ini tidak kukuh untuk dipertahankan.

Meskipun diketahui umum mengenai pengenalan rekaan ini yang mula dicipta oleh pengasas adidas, Adi Dassler pada 18 Ogos 1949, pihak mahkamah menolak untuk menerima kenyataan tersebut.

Pihak mahkamah menjelaskan bahawa syarikat pengusaha alatan sukan itu gagal untuk mengemukakan bukti kukuh yang mengatakan rekaan 3 garis selari itu mempunyai “karakter tersendiri” dan memenuhi syarat untuk mendapat perlindungan.

Keputusan ini menandakan berakhirnya pertikaian antara adidas dan jenama sukan dari Belgium, Shoe Branding Europe atas isu rekaan yang hampir sama semenjak tahun 2009.

Adidas-v-Shoe-Branding-Europe

Hal ini bukanlah kali pertama terjadi, malah pada tahun 2003 yang lalu, adidas juga menghadapi pertikaian yang sama terhadap sebuah syarikat dari Belanda, Fitnessworld yang juga menggunakan rekaan dua garis pada produk mereka.