Sebelum ini, adidas Original dan Kanye West telah mengeluarkan model Semi Frozen Yellow dalam tona warna yang sangat terang dalam koleksi YEEZY BOOST 350 V2 yang mempunyai jalur belang yang biasa dan tulisan SPLY-350 warna merah di setiap sisi kasut.

Pelancaran model ini tahun lalu menimbulkan huru-hara di KLCC di mana pintu utama KLCC hampir pecah kerana peminat Yeezy yang menerjah masuk tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan kasut ini. Kepada sesiapa yang terlepas peluang untuk mendapatkan model ini pada pelancaran pertama kemungkinan mempunyai peluang kedua untuk membeli model ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model Semi Frozen Yellow ini dijangka dikeluarkan sebelum Krismas iaitu pada hari Jumaat, 14 Disember. Pihak adidas masih belum menetapkan kedai-kedai terpilih namun anda boleh mengikuti perkembangan semasa mereka untuk maklumat tambahan dan kasut ini boleh didapatkan dengan kadar harga USD220 (~RM922).