Nampaknya adidas sudah umumkan mereka bakal menghasilkan kasut khas untuk drama siri fantasi paling popular terbitan HBO iaitu Game Of Thrones.

Kasut kolabrasi edisi khas ini dijangka keluar pada 2019 bersempena musim kelapan yang bakal menjadi penamat siri drama ini. adidas telah memilih model UltraBOOST untuk siri popular ini.

Melihat dari dua gambar tertiris daripada Yeezy Mafia, adidas telah menggunakan warna kelabu dan hitam pada rekaan versi House Of Stark. Pada bahagian tumit kasut ini adidas meletakkan ayat popular dari siri ini iaitu ‘Winter is Coming’, manakala House Of Lannister adidas memilih merah, emas dan warna putih pada midsole. Untuk tumit adidas meletakkan ayat ‘Hear Me Roar’.

Walaupun rekaan kasut kolaborasi lambat lagi akan berada di pasaran, kami tak sabar menunggu untuk memmiliknya nanti bersempena musim terakhir drama.