adidas dilihat serius dalam ‘peperangan’ membasmi COVID-19 dan baru-baru ini telah melancarkan penutup muka yang boleh dibasuh.

Walaupun adidas telah mengesahkan penutup muka ini tidaklah bergred medikal seperti penutup muka 3-ply surgical face mask yang biasa digunakan orang ramai, tetapi ia cukup untuk mengelakkan penularan virus dan kuman berbentuk droplet transmission.

face cover adidas

Topeng hadir hanya dalam warna hitam dan diperbuat daripada recycled polyester dan elastane untuk keselesaan dan terletak elok di muka. Setiap pek akan hadir dengan 3 helai topeng dan terdapat perkataan ‘WASH.DRY.REUSE’ di bahagian dalam topeng.

adidas Face Cover ini telah mula dijual di laman adidas UK pada harga £12.95(~RM69) dan setiap £2 hasil penjualan penutup muka ini akan disumbangkan ke Children’s Global Coronavirus Response Fund. Sambil membeli sambil menderma. Diharap adidas Face Cover ini juga tersedia untuk pasaran Malaysia.

adidas juga telah melancarkan kembali model UltraBOOST ‘Triple White’ sempena ulang tahun ke-5 model tersebut berada di pasaran. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Selepas 5 Tahun, adidas Hasilkan Kembali Model UltraBOOST 1.0 ‘Triple White’

Casio Malaysia Sahkan Bakal Bawa Masuk Koleksi G-Shock x One Piece

Padah Caj Topeng Muka Harga Melampau, Hospital Prince Court Kena Kompaun RM200,000