Selepas topeng muka, adidas sekali lagi menghasilkan produk yang tidak pernah dihasilkan mereka sebelum ini iaitu RPD-01 Headphones.

Terdapat 3 warna yang boleh dipilih; Night Grey, Light Grey dan Green Tint. Siapa yang perlu beli produk ini? Semestinya untuk anda yang aktif bersukan kerana headphones ini diperbuat daripada silikon yang memastikan produk ini IPX4 (kalis air dan peluh).

adidas 2

adidas 3

Bagi setiap pengecasan penuh, headphones ini dapat bertahan selama 12 jam dan saiznya yang nipis memastikan anda mudah untuk membawanya untuk apa sahaja aktiviti. Antara fungsi lain yang terdapat pada headphones ini adalah fungsi untuk menjawab panggilan telefon selain fungsi biasa seperti pause dan skip tracks.

RPD-01 Headphones dijual pada harga USD99 (~RM420) dan boleh dibeli di sini. Kami jangka ia akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

adidas Malaysia kini sedang menawarkan sale hebat sehingga 35% sehingga hari ini. Klik pada pautan di bawah untuk tahu lebih lanjut tentang tawaran ini.

adidas Malaysia Tawarkan Diskaun 35% Buat Sejumlah Barangan Sehingga 21 Jun 2020

adidas Hasilkan Penutup Muka Boleh Basuh Yang Selesa Untuk Dipakai

Kontroversi Muslim Uighur Antara Sebab adidas Mahu ‘Buang’ Mesut Ozil