Nampaknya trend kasut chunky kini menjadi kegilaan semula kepada peminat-peminat sneakerhead. Pada awal minggu adidas umumkan mengeluarkan rekaan kasut Yung-1 yang merupakan olahan dari rekaan kasut Falcon Dorf. Untuk kali ini adidas bakal mengeluarkan semula model Falcon.

adidas masih menawarkan reka dan koleksi Raf Simons yang lepas dengan warna ‘core black/light granite’ untuk versi Falcon ini. Gabungan warna-warni seperti warna hitam,kelabu,pink, biru dan putih telah membuatkan kasut ini nampak menarik untuk sesiapa yang melihatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

adidas Falcon terbaru ‘Core Black/Light Granite bakal menemui peminat pada 2 Jun ini dengan harga $117 (RM 466+-). Malangnya buat masa ini, model ini hanya akan keluar untuk saiz wanita sahaja.

adidas-falcon-core-black-light-granite-2

adidas-falcon-core-black-light-granite-3