adidas bermula ‘garang’ tahun 2019 apabila mereka bakal menghasilkan kembali model ikonik tahun 1970an, Nite Jogger.

Model Nite Jogger dengan rekaan yang yang lebih moden ini diperbuat daripada gabungan mesh, nylon ripstop serta suede supaya kasut ini ringan. Model ini turut hadir dengan panel 3M yang reflective; padan dengan namanya di mana ianya bakal memantulkan cahaya dan sesuai untuk sebarang aktiviti di malam hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk keselesaan yang lebih, model ini hadir dengan tapak BOOST yang menjadi trademark adidas dalam menghasilkan kasut yang hebat. Model ini akan dilancarkan pada 12 Januari dan dijual dengan harga £119.00 (~RM630). Tiada berita lagi sama ada ianya akan masuk ke pasaran Malaysia.

Harapnya adidas Malaysia akan bawa masuk. Jika tidak anda boleh membelinya di butik online Hanon di sini.

Adidas Nite Jogger 2

Adidas Nite Jogger 3

Adidas Nite Jogger 4

Adidas Nite Jogger 5

Adidas Nite Jogger 6

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber