Sempena Hari Lautan Sedunia pada 8 Jun tahun ini, adidas sebagai jenama pakaian sukan yang terkenal sekali lagi ingin mempelawa anda, rakyat Malaysia serta warga di serata dunia untuk menyahut cabaran larian Run for the Oceans.

Penganjuran acara ini merupakan hasil kolaborasi bersama Parley Ocean Plastics, satu organisasi dari New York yang berusaha untuk melihat pantai dan lautan di seluruh dunia sifar daripada pencemaran plastik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Larian amal adidas x Parley Run for the Oceans ini dimaklumkan telah memasuki tahun yang keempat dalam penganjurannya dan pada tahun ini secara rasmi ia telah bermula pada hari ini 28 Mei sehingga 8 Jun 2021.

https://youtu.be/a06j5gdFj5M

Sepanjang ia berlangsung, pihak adidas dan Parley akan berusaha untuk mengutip sisa plastik yang bertaburan di sepanjang garisan persisiran pantai yang mereka kunjungi paling maksimum seberat 500,000 pound (~230,000 kilogram).

“Sebagai jenama terkemuka dunia, pihak kami berperanan besar untuk menggunakan segala platform untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pemuliharaan kebersihan laut dan Bumi kita.

“Ini tanggungjawab kita bersama. Ayuh kita bersatu dan hentikan pencemaran plastik,” kata Alberto Uncini Manganelli, GM Running & Credibility Sports di adidas.

Untuk rekod, acara ini telah menyatukan lebih daripada 3 juta pelari di seluruh dunia dengan mengumpul rekod larian ‘sejauh’ 25.5 juta kilometer. Dimaklumkan, program ini juga pernah berjaya meraih kutipan dana sebanyak $2.5 juta (~RM10.3 juta) untuk membantu Parley Oceans Plastics bagi melaksanakan program pendidikan kesedaran berkaitan isu ini di peringkat sekolah.

Sejak tahun 2015, adidas telah menghasilkan lebih daripada 30 juta pasang kasut yang diperbuat daripada 50% bahan plastik kitar semula yang dikutip di tepi pantai hasil kolaborasi Parley Ocean Plastic. Kasut tersebut dijenamakan sebagai adidas PrimeBlue.

Dalam pada itu, anda yang berminat boleh mendaftarkan diri dan ingin mendapat info lebih lanjut menerusi muat turun aplikasi adidas Running atau melayari laman sesawang rasmi adidas Run for the Oceans. Setiap jarak larian anda akan direkodkan dalam kiraan kilometer menerusi aplikasi adidas Running.

runs ocean insert
Baju Run For The Oceans 2021

Dalam pada itu, adidas menjangkakan seramai 40 juta orang akan menyertai acara Run for the Oceans ini pada tahun 2025 kelak. Bersama kita hentikan pencemaran plastik dan kami yakin yang kita semua boleh melakukannya.

Butik adidas sneaker collect kedua di dunia kini dibuka di KLCC. Anda boleh membacanya pada pautan di bawah.

Butik adidas Sneaker Collect Kedua Dunia Kini Dibuka Di KLCC

adidas Guna ‘Printer’ Untuk Hasilkan Tapak Kasut Ultra 4D 5 Ini?

Bertempat Di Pavilion, adidas Lancar MakerLab Pertama Di Malaysia

Sumber