Nampaknya ada sahaja kejutan adidas simpan untuk tahun 2018. Mereka baru sahaja melancarkan model Prophere Disember ini dan model ini pula akan memulakan tahun 2018 untuk adidas.

Rekaan model ‘Kamanda’ ini agak berbeza dan unik jika hendak dibandingkan dengan model-model adidas yang biasa kita lihat sebelum ini. Rekaan sisi tapak kasut ini yang berbeza membuatkan ramai yang teruja dengan model terbaru adidas ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menggunakan material suede, kasut ini diperkemaskan dengan tulisan emas di bahagian tepi. Rekaan Kamanda ini dikatakan diinspirasikan daripada rekaan kasut bola sepak dan tiada tarikh bila kasut ini akan dikeluarkan tahun hadapan. Model baharu ini pasti akan menarik minat peminat tegar adidas bunga khususnya.

kamanda 2