Butik sneakers ternama di Berlin, Overkill menghasilkan kembali model adidas ZX 10.000 C yang pernah popular pada tahun 90an dengan rekaan yang sangat unik.

Digelar ‘I CAN IF I WANT’, model ini hadir dengan corak warna berbeza untuk kiri dan kanan kasut. Uniknya kolaborasi ini adalah pembeli akan mendapat sebelah lagi kasut dengan corak yang lebih unik untuk dipakai bersama kasut ini (mix and match) atau disimpan sebagai perhiasan (corak berkenaan adalah rahsia ketika ini).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, pasangan untuk kasut berkenaan boleh dibeli atau ditukar dengan pembeli lain yang turut berada ketika pelancaran model ini di Overkill minggu hadapan. Overkill mahu anda berkenalan dengan pembeli lain sambil mengagumi keindahakan model adidas ZX 10.000 C. Kolaborasi ini memang lain daripada yang lain dan pastinya menjadi tumpuan peminat tegar adidas.

adi zx 1

adi zx 3

adi zx 4

adi zx 5

Buat masa ini, model ini hanya akan dijual di acara khas di Overkill, Berlin pada 9 Februari 2019. Model Overkill x ZX 10.000 C akan dijual pada harga USD250 (~RM1,024) ketika acara berkenaan.