Penjualan barang palsu dan copy original telah lama menjadi masalah bagi jenama global, terutamanya sekali di kawasan Asia. Baru-baru ini, Ceo adidas Kasper Rorsted telah di temubual oleh laman CNBC dan beliau mengatakan sebanyak 10 peratus produk mereka yang berada di pasaran Asia adalah palsu. Nombor ini yang termasuk produk yang dijual sama ada di kedai dan mahu pun dalam atas talian.

“Di Asia ia menjadi masalah, tetapi itu bukan masalah besar pada pasaran untuk global, kita percaya bahawa kira-kira sehingga 10 peratus dalam kategori tertentu adalah palsu, atau copy Original,” Kata Kasper. Namun beliau berkata lagi jika benda ini berterusan ia mungkin akan menjadi masalah atau duri dalam daging pada kami. Namun begitu juga Rorsted beri khabar baik tentang pasaran di China telah berkembang 26 peratus.

Bagi pendapat kami, kebanjiran barangan palsu disebabkan harga yang agak mahal dan keluaran terhad untuk sesetengah model menyebabkan ia menjadi pilihan alternatif untuk pengguna. Kami mengharapkan pengguna membeli barangan original untuk dapat kepuasan lebih baik.