Jika sebelum ini Nike hadir dengan sandal Air Max 90 yang menawan, adidas turut tidak mahu kalah dengan pesaing mereka. Sandal Adilette BOOST ini walaupun sudah berada di pasaran sejak Disember lalu, ia baru memasuki Malaysia minggu lalu.

Menggunakan material tapak ikonik BOOST, sandal ini pastinya akan memberikan keselesaan yang terunggul buat sesiapa yang memakainya. Jika anda sudah biasa menyarung model UltraBOOST, anda pasti boleh agak betapa selesanya sandal ini.

Model Adilette BOOST ini hadir dengan dua pilihan warna; Triple Black dan Black/White. Anda boleh membelinya dengan harga RM260 di laman dalam talian adidas Malaysia atau butik Sole What.

Kami yakin sandal Adilette BOOST ini jauh lebih selesa berbanding sandal YEEZY yang dilancarkan tahun lalu. Baca tentangnya di sini.

Selipar YEEZY Akan Mula Dijual 6 Disember Ini Dengan Harga RM240

Nike Hasilkan Sandal Yang Selesa Ini Sempena Ulang Tahun Ke-30 Air Max 90