Berita baik untuk anda yang belum ada kasut atau selipar Raya. adidas Malaysia mahu belanja anda dengan 1 promosi hebat ‘beli 1 percuma 1’ yang bermula dari 22 Mei sehingga 26 Mei 2020.

Promosi ini disebar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) bermula semalam. Tawaran ini hanya terbuka hanya buat ahli adidas berdaftar sahaja.

Sekiranya anda mahu membeli, anda perlu mencari rakan anda yang merupakan ahli adidas untuk menikmati tawaran hebat dan jarang dibuat ini. Atau jika anda mahu menjadi ahli adidas, anda perlu belanja RM200 terlebih dahulu untuk mendaftar dan buat pembelian seterusnya untuk promosi ini.

Boleh terus ke butik adidas berhampiran anda hari ini. Mana tahu ada produk yang lama anda mahu beli termasuk dalam promosi ini.

P/S: Untuk anda yang mahu lebih gaya, model Yeezy BOOST 700 ‘MNVN BLACK’ akan mula dijual esok secara dalam talian pada harga RM1,050. Tepuk poket tanya selera. Selamat membeli dan jangan lupa jaga jarak.

Sebelum ini adidas membuat tawaran potongan harga 50 peratus yang diserbu peminat setia adidas. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tawar Potongan Harga 50 Peratus Semua Barangan, Butik adidas Diserbu Peminat

Selepas 5 Tahun, adidas Hasilkan Kembali Model UltraBOOST 1.0 ‘Triple White’

adidas Malaysia Mula Jual Sandal Adilette BOOST Yang Dijamin Selesa