adidas kembali lagi dengan promosi serta diskaun berganda. Pada kali ini, adidas Malaysia hadir dengan tawaran diskaun sehingga 35% buat sejumlah besar produk keluaran mereka bermula dari 19 Jun sehingga 21 Jun 2020.

Menerusi promosi yang dijalankan, produk yang menjadi rebutan orang ramai sudah pastinya model adidas UltraBoost 20 yang sebelum ini ditawarkan dengan harga RM780 kini boleh dimiliki dengan harga RM507 sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2020-06-19 at 3.21.13 PM
Sumber: adidas

Bukan itu sahaja, promosi ini turut menyaksikan adidas Malaysia menawarkan servis penghantaran secara percuma buat para pelanggan. Berbaloi bukan?

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan barangan adidas, anda boleh klik di sini untuk berbelanja dengan diskaun sehingga 35%. Promosi ini turut dijalankan di butik-butik terpilih adidas seluruh Malaysia.

Screen Shot 2020-06-19 at 3.06.28 PM

Bukan itu sahaja, khas buat peminat adidas Yeezy BOOST 350 V2, model Yeezy ‘Zebra’ bakal kembali ditawarkan bermula 26 Jun ini dengan harga 26 Jun. Buat anda yang terlepas peluang untuk mendapatkan model ini pada pertama kali dilancarkan, mungkin ini masanya untuk anda dapatkan model hype ini.

adidas pada bulan lalu telah menghasilkan sebuah penutup muka yang boleh dibasuh serta selesa dipakai khas buat para peminat.

adidas Hasilkan Penutup Muka Boleh Basuh Yang Selesa Untuk Dipakai

Pertama Kali Dalam Sejarah, adidas Sokong Kempen ‘Don’t Do It’ Nike