Nampaknya perlawanan peringkat kumpulan piala dunia FIFA 2018 sudah sampai penghujungnya dengan beberapa pasukan dari kumpulan masing-masing telah mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati. Sempena pengakhiran peringkat kumpulan ini, adidas Football telah memperkenalkan rekaan bola baharu mereka iaitu Telstar Mechta.

Nama Telstar Mechta ini bermaksud impian dan cita-cita sesuai untuk pertandingan ini yang merujuk kepada kesemua negara-negara bertanding untuk merebut piala berprestij ini. Rekaan bola ini didatangkan dengan rekaan grafik yang sama cuma dengan tambahan warna merah yang merujuk sebagai Negara Russia sebagai tuan rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu juga bola ini turut dilengkapi dengan teknologi NFC chip yang membolehkan pengguna membuka konten eksklusif dari FIFA dan adidas. Bola Telsta Mechta ini bakal dijual pada 30 Jun ini bersempena perlawanan pertama peringkat kalah mati. Kepada yang berminat, anda boleh membelinya di laman stor adidas.

telstar 3

bola fifa